SOALAN LAZIM :
1. Adakah sebarang bayaran dikenakan untuk membuat aduan?
Tidak. Setiap aduan yang dibuat adalah percuma.
2. Bolehkah saya membuat aduan bagi pihak orang lain?
Boleh, dengan izin pengadu.
3. Bolehkah saya mengemukakan aduan tanpa memberitahu maklumat peribadi?
Boleh. Sekiranya aduan telah melibatkan kepentingan awam dan maklumat yang mencukupi diterima untuk membolehkan
siasatan dilakukan.
4. Apakah jenis aduan yang boleh diterima oleh JSM?
-
Kelewatan / tiada tindakan;
-
Tindakan tidak adil;
-
Kekurangan kemudahan awam;
-
Kepincangan perlaksanaan dasar dan kelemahan undang-undang;
-
Salah guna kuasa / penyelewengan yang bukan bertujuan mendatangkan keuntungan;
-
Salah laku anggota awam;
-
Kegagalan mengikut prosedur yang ditetapkan;
-
Kegagalan penguatkuasaan; dan
-
Kualiti perkhidmatan yang tidak memuaskan.
5. Bagaimana cara saya membuat aduan?
-
Laman sesawang : www.jsm.gov.my
-
E-mel : central@jsm.gov.my
-
Telefon : 03 – 8008 2900
-
Surat-Menyurat :
Unit Komunikasi Strategik
Jabatan Standard Malaysia
Aras 7, Menara 2, Menara Cyber Axis
Jalan Impact, Cyber 6
63000 Cyberjaya
Selangor
6. Apa berlaku kepada aduan saya?
-
Nombor kes / rujukan akan dijana setelah didaftar dalam SISPAA.
-
Surat Akuan Terima (SAT) akan dihantar kepada pengadu.
-
Surat Arahan Siasatan dihantar kepada Bahagian / Unit yang berkaitan.
-
Siasatan dijalankan.
-
Semua urusan surat-menyurat berhubung dengan tindakan siasatan disalinkan kepada pengadu sebagai makluman.
-
Keputusan penyelesaian kes akan dimaklumkan kepada pengadu.
-
Tindakan Pencegahan dan Penambahbaikan dilaksanakan oleh Bahagian / Unit berkaitan.
-
Aduan selesai dan ditutup dalam SISPAA.
7. Berapa lama JSM membuat siasatan?
Prosedur Operasi Standard (SOP) JSM, tempoh masa penyelesaian kes tertakluk kepada kategori aduan sama ada kes Biasa dan Kompleks.Tempoh penyelesaian aduan Biasa adalah dalam tempoh 15 hari bekerja manakala tempoh penyelesaian bagi aduan kompleks adalah dari 16 hingga 365 hari.
8. Bagaimana cara untuk saya mendapatkan maklumat status aduan saya?
Status aduan boleh diketahui melalui Semak Maklumbalas menggunakan nombor ID tiket dan nombor pengenalan yang telah dijana melalui SISPAA.
9. Berapa lama pertanyaan awam akan dijawab?
Pertanyaan awam (public enquiries) akan dijawab dalam tempoh 5 hari bekerja.